mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Tmn Yayasan

Sejarah awal penubuhan lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) Felda Pemanis 1. Memulakan operasinya pada 4 April 2010. Tapak Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) Felda Pemanis 1 pada asalnya merupakan sebuah bangunan bersambung dengan Balai Raya Felda Pemanis 1 dan merupakan Pejabat Umno Felda Pemanis 1. Namun pada tahun 2013, Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) Felda Pemanis 1 telah bertukar nama kepada Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Pemanis 1

    

                                      

Suasana Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pemanis 1 Sebelum berpindah ke site baru

 

Namun pada akhir bulan Disember 2015, Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis 1 telah ditutup dan berpindah ke kawasan baru iaitu di Taman Yayasan, Segamat . Jarak dari Felda Pemanis ke lokasi baru 16km. Dimana Taman Yayasan merupakan kawasan kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Pam minyak (Petronas), Masjid, Sekolah Menengah dan Rendah, Pasar Borong, Pasar Mini dan pelbagai Kedai Makan untuk dinikmati. Seterusnya menyambung operasi pada 6 Januari 2016. 

       

Suasana Pusat Internet 1 Malaysia Taman Yayasan yang berwajah baru