mcmc
Maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Maklumat Pusat Ekonomi Digital Taman Yayasan

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Yayasan mengucapkan Selamat Datang dan jutaan  terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat portal kami. PEDi ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. PEDi Taman Yayasan mula beroperasi pada Julai 2015, sebelum ini beroperasi di PEDi Felda Pemanis 1. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

    

    

Dalam mencapai misi dan visi PEDi, terdapat pelbagai program, latihan serta bengkel berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Segala aktiviti yang dirancang untuk komuniti diberi secara percuma kepada segenap lapisan komuniti tanpa mengira usia, agama dan bangsa agar memperolehi maklumat bermanfaat bersama.

PEDi Taman Yayasan yang mulanya beroperasi di Felda Pemanis 1 yang mula beroperasi pada 4 April 2010 sehingga 25 September 2015. Pada 27 September 2015 kami mula beroperasi di PEDi Taman Yayasan.    

                                                                                   Kami beroperasi di :

No 39, Jalan Bistari 4/9, Taman Yayasan, Buloh Kasap,

85010, Segamat Johor

 

 

 

 

Objektif Pusat Ekonomi Digital (PEDi) :

  • Memberi  kemudahan  capaian  internet  kepada  komuniti  setempat.
  • Memberi  pendedahan  kepada  masyarakat  setempat  tentang  teknologi  komputer  dan  Internet.
  • Meningkatkan  taraf  ekonomi  dan  sosial  masyarakat  melalui  kemudahan  yang  disediakan  dan  aktiviti  yang  dijalankan  di  PEDi.
  • Merapatkan  jurang  digital  antara  masyarakat  bandar  dan  luar  bandar  selaras  dengan  matlamat  kerajaan.
  • Meningkatkan  kadar  penembusan  jalur  lebar  selaras  dengan  Pelan  Jalur  Lebar  Kebangsaan.

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) : 

  • Mencetak dokumen (printing)
  • Mengimbas (scanning).Fotostat
  • Laminasi(Laminating)
  • Menjilid (binding)
  • Zon Internet tanpa wayar (Wi Fi zone.)

WAKTU BEROPERASI :

Pusat Ekonomi Digital Taman Yayasan Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum

Waktu Operasi

9.00 pagi – 1.00 ptg

 ( Sabtu Hingga Khamis)

2.00 petang – 6.00 petang

(Sabtu Hingga Khamis)

9.00 pagi – 12.30 tghri

(Jumaat)

2.30 petang – 6.00 petang

(Jumaat)

 

REHAT

1.00 petang – 2.00 petang (Sabtu – khamis )

12.30 tghri – 2.30 petang (Jumaat)